suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja dituduh bunuh pelajar perempuan minta maaf... Saksi pakar dedah situasi minda, rupanya alami penyakit mental sejak 5 tahun lalu

Peguam bela, Kitson Foong, memaklumkan pihak pembelaan mengemukakan Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony sebagai saksi kedua.

SAKSI pembelaan kedua dalam kes tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, memaklumkan bahawa remaja lelaki berusia 15 tahun yang dituduh membunuh seorang pelajar perempuan, mengalami penyakit mental sejak lima tahun lalu.

Peguam bela, Kitson Foong berkata, perkara itu dimaklumkan Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony ketika hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis.

"Beliau menerangkan dan memberi contoh bagaimana situasi seperti psikosis, skizofrenia dan perkataan perubatan psikiatri digunakan.

"Dan kesemua yang diberitahu adalah yang sedang berlaku dalam minda. Ilusi multiple, bukan satu je. Semuanya masuk dalam minda seorang budak pada waktu tersebut.

"Budak itu alami penyakit ini lima tahun," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja dituduh tikam pelajar di Bandar Utama diperintah bela diri... Keadaan mental sesuai untuk dibicarakan

Tambah Foong, Dr Ian Lloyd turut menjelaskan, keadaan seseorang dengan penyakit sedemikian akan menjadi semakin serius sekiranya tidak mendapat rawatan awal di hospital.

"Seseorang yang punyai penyakit mental biasanya diminta datang ke hospital secepat mungkin untuk rawatan. Window rawatan kebiasaannya dalam 28 bulan untuk rawatan penuh dan apa-apa reaksi boleh ditepis dengan perubatan.

"Tapi malangnya dalam kes ini, lima tahun (60 bulan). Daripada window 28 bulan hingga 60 bulan, bayangkan berapa kali ganda seriusnya satu penyakit tidak dirawat," ujarnya lagi.

Menurut Foong lagi, tahap keseriusan penyakit berkenaan akan berganda, lebih-lebih lagi dalam minda seorang kanak-kanak.

Ujarnya, pasukan pembelaan memanggil saksi berkenaan untuk menyokong keterangan bahawa tertuduh juvana itu mengalami ketidakwarasan mental di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Foong memaklumkan anak guamnya memohon maaf semasa memberi keterangan bela diri berhubung kejadian yang berlaku. 

"Dia baca satu kenyataan pendek dan dia juga mengatakan minta maaf atas apa yang berlaku, menyebabkan kematian dan sebagainya," ujar Foong.

Prosiding di hadapan Hakim, Adlin Abdul Majid bersambung pada 2.30 petang Khamis.

Artikel Lain