suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja dituduh tikam pelajar di Bandar Utama diperintah bela diri... Keadaan mental sesuai untuk dibicarakan

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah du Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2025.

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Khamis memerintahkan seorang remaja lelaki membela diri dalam kes pembunuhan pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Hakim Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap pendakwaan kes membabitkan mangsa berusia 16 tahun dalam kejadian pada 14 Oktober 2025.

Prosiding dijalankan secara tertutup kerana tertuduh merupakan kanak-kanak ketika kejadian, dengan kehadiran hanya membabitkan pihak pendakwaan, pasukan pembelaan dan ahli keluarga.

Peguam bela, Kitson Foong, mengesahkan keputusan berkenaan dan memaklumkan pihak pembelaan kemudian memulakan kes dengan memanggil dua saksi, termasuk tertuduh dan pakar psikiatri forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.

Penilaian psikiatri pada 16 Januari lalu mendapati remaja itu berada dalam keadaan mental yang sesuai untuk dibicarakan.

Tertuduh yang ketika kejadian berusia 14 tahun dan merupakan pelajar peralihan Tingkatan Satu, didakwa membunuh mangsa antara pukul 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.

Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Bagaimanapun, berdasarkan Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, pesalah yang berusia di bawah 18 tahun tidak boleh dijatuhi hukuman mati.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Ahmad Iqbal Azman dan Nurul 'Izzati Mohamad.

Pasukan pembelaan pula terdiri daripada peguam Chew Jee San, Angel Choo dan Yan Zhi Wei.

Sementara itu, Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng hadir sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Peguam Malaysia serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). -The Star

Artikel Lain