suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Bandaraya Seremban tawar insentif RM50 serah anjing terbiar

Anjing terbiar mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk. -Gambar hiasan AI

MAJLIS Bandaraya Seremban (MBS) menawarkan insentif kepada penduduk yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela menerusi Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026.

Program yang akan bermula pada 24 Ogos ini bertujuan membantu mengawal populasi anjing terbiar selain meningkatkan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbiran MBS.

Berdasarkan perkongsian di Facebook MBS, insentif sebanyak RM50 bagi seekor anjing dewasa dan RM25 bagi anak anjing berusia bawah enam bulan ditawarkan.

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan penduduk dalam kawasan pentadbiran MBS.

Anjing yang diserahkan mestilah dalam keadaan hidup, tidak mengalami kecederaan serius atau didera serta tidak berlesen atau mempunyai bukti pemilikan.

Iklan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Seremban.

Penyerahan boleh dilakukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Wisma MBS, antara pukul 9 pagi hingga 4 petang, tertakluk kepada tarikh, lokasi dan arahan pegawai MBS.

Pemohon akan dihubungi pihak MBS bagi memaklumkan status permohonan serta penyerahan salinan borang yang disahkan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Menurut MBS, anjing yang diserahkan akan dihantar ke paun milik MBS yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik bagi penjagaan.

Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster program untuk membuat permohonan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran MBS di talian 06-7654246 atau 06-7654298.

Artikel Lain