suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penipuan cecah RM1 juta! ‘Ibu kutu’ dihantar ke penjara, mahkamah tak benarkan ikat jamin

Tertuduh dihantar ke penjara sementara menunggu prosiding seterusnya.

SEORANG wanita dihantar ke Penjara Pokok Sena pada Rabu selepas Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah tidak membenarkan jaminan ke atasnya selepas dia mengaku bersalah menganjurkan kumpulan wang kutu tanpa kebenaran.

'Ibu kutu' dikenali sebagai Siti Zulaikha Ahmad Sabri itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 September depan untuk sebutan jatuh hukuman dan serahan fakta kes.

Berdasarkan pertuduhan, wanita berusia 36 tahun itu didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu membabitkan 52 peserta antara Julai 2025 hingga Julai 2026.

Perbuatan itu didakwa melanggar Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh merpakan peniaga yang beralamat di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, Changlun, Kubang Pasu.

Sewaktu prosiding pada Rabu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Vatchira Wong Rui Fern memohon mahkamah menetapkan jaminan RM100,000.

Permohonan itu dibuat berikutan jumlah kerguian yang dialami mangsa dipercayai mencecah kira-kira RM1 juta.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan ikat jamin, menyebabkan dia dihantar ke penjara sementara menunggu prosiding akan datang.

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu bersama suami dan anaknya hilang sejak 20 Julai lalu.

Pasangan itu kemudian ditahan reman selama empat hari selepas menyerah diri bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan kutu.

 

Artikel Lain