suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sengaja tertembak rakan, anggota tentera cedera di muka ketika latihan

Kejadian dilaporan berlaku ketika latihan menembak. -Gambar hiasan

SEORANG anggota tentera mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas terkena tembakan tanpa sengaja oleh rakannya ketika menjalani latihan menembak di lapang sasar Sungai Menyala, Port Dickson pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 petang ketika mangsa berusia 20-an bersama beberapa anggota lain menjalani latihan berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut.

“Keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 20-an ditahan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.-The Star

 

Artikel Lain