suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki warga Malaysia berusia 20 tahun ditahan polis Thailand, cuba seludup 166kg syabu

Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia yang didakwa cuba menyeludup 166kg syabu ke wilayah selatan negara berkenaan. -Foto Hua Hin Today

POLIS Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia 20 tahun selepas menemui 166 kilogram (kg) syabu dalam sebuah kereta BMW putih dipercayai dalam perjalanan ke selatan Thailand.

Menurut polis, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap rangkaian pengedaran dadah dipercayai menggunakan Hua Hin sebagai lokasi persinggahan kenderaan yang membawa dadah dari kawasan Bangkok menuju ke selatan Thailand.

Memetik laporan Hua Hin Today, polis percaya dadah jenis methamphetamine kristal atau lebih dikenali sebagai 'ice' itu bukan untuk diedarkan di Hua Hin.

Sebaliknya, bahan terlarang berkenaan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Hat Yai serta tiga wilayah paling selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki umur 54 tahun ditahan di India, kantoi bawa 4 kg ganja hidroponik

Tangkapan dilakukan sekitar 12.30 tengah malam pada 8 Ogos lalu, selepas pihak berkuasa menerima maklumat sebuah BMW putih membawa sejumlah besar dadah akan melalui kawasan Hua Hin.

Polis kemudian membuat sekatan jalan raya, namun suspek didakwa cuba mengelak daripada ditahan.

Polis mengejar kenderaan berkenaan sebelum berjaya memberhentikannya di luar sebuah kedai serbaneka berhampiran Hua Hin Grand.

Ketika pemeriksaan dilakukan, polis menemui beberapa buah bagasi pakaian di dalam kenderaan tersebut.

Suspek didakwa memberitahu polis bahawa bagasi-bagasi berkenaan bukan miliknya dan dia juga tidak mengetahui kombinasi untuk membukanya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui syabu dengan berat keseluruhan 166kg yang disimpan di dalam bagasi-bagasi tersebut.

Suspek bersama semua barang rampasan kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat di Balai Polis Hua Hin untuk tindakan undang-undang.

Kereta BMW dipandu suspek turut disita untuk dijadikan bahan bukti.

Polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah, destinasi sebenar penghantaran serta individu lain yang dipercayai terbabit dalam rangkaian pengedaran berkenaan.

Artikel Lain