suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar lelaki ditusuk rakan sekelas guna kerambit di sekolah

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Shah Alam cedera selepas ditusuk menggunakan sebilah kerambit oleh rakan sekelasnya, dalam kejadian pada 5 Ogos lalu.

Mengesahkan insiden berkenaan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa yang berusia 14 tahun hanya mengalami kecederaan ringan pada lengan.

Menurutnya, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 11.42 pagi dan melibatkan dua pelajar Tingkatan Dua.

"Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.

"Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek yang kurang sihat dan telah diberi jaminan polis," katanya pada Selasa.

Hasil siasatan mendapati senjata tajam digunakan suspek adalah kerambit sepanjang 10 sentimeter.  

Jelasnya lagi, dalam kes tersebut, tiada tujuan serta motif kejadian, dan dipercayai suspek kurang sihat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

Artikel Lain