suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerusi Parlimen Subang kini kosong... Wong Chen ikut jejak Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan

Wong Chen mengumumkan perletakan jawatannya pada Isnin.

AHLI Parlimen Subang, Wong Chen daripadaParti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa pada 5 petang, Isnin.

Menurutnya, surat peletakan jawatan berkenaan diserahkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul, pada 5 Ogos lalu.

"Pada 5 Ogos, saya bertemu dengan Speaker dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen.

"Bagaimanapun, kami mencapai persetujuan bersama untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga 10 Ogos, pukul5 petang," katanya menerusi hantaran Facebook.

Tambahnya, tarikh 5 Ogos itu adalah bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai-pegawai Parlimen untuk membuat persiapan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Subang.

"Kami juga akan membuang gelaran kehormat Yang Berhormat daripada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat kami menjelang bulan hadapan.

"Saya akan mengadakan sidang media pada hari Rabu, pukul 11 pagi," ujarnya.

Wong Chen merupakan antara lima Ahli Parlimen PKR yang sebelum ini kecewa apabila kerajaan menyekat akses portal peruntukan khas (MyKHAS).

Empat lagi ialah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, Lee Chean Chung (Petaling Jaya), S. Kesavan (Sungai Siput)danZahir Hassan (Wangsa Maju).

Sebelum ini, dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa, masing-masing berkuat kuasa pada 18 Mei lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain