PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) pada Isnin.Ketua Pasukan Perubatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah, berkata prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar. “Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: PM jalani prosedur perubatan, dipantau selama 2 hariProsedur laparoskopi merupakan kaedah pembedahan yang menggunakan teknik lubang kecil dan dilakukan bagi merawat masalah hernia pada bahagian perut.Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan doktor selama dua hari.