PAS terbuka berunding dengan Umno, namun menolak untuk berunding dengan Bersatu pada PRN Melaka tidak lama lagi. -MUSTAFA AHMAD/The Star
PAS sedia berunding dengan Umno mengenai peruntukan kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka, namun menegaskan ia tidak akan melibatkan Bersatu buat masa ini, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Setiausaha Agung PAS itu berkata, partinya diberi mandat berunding dengan Umno mengenai peruntukan kerusi untuk Perikatan Nasional (PN). Tambahnya, rundingan pembahagian kerusi itu dijangka bermula tidak lama lagi, namun masih belum menetapkan sebarang tarikh."Bagi pihak PAS, kita masih dibenarkan untuk berunding atau pun diminta untuk berunding dengan Umno mengikut kedudukan kerusi," katanya.Takiyuddin berkata formula peruntukan kerusi yang digunakan di Negeri Sembilan tidak semestinya akan menggunakan konsep yang sama di Melaka kerana landskap politik dan kedudukan kerusi di kedua-dua negeri itu berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Peluang menarik… PH sambut baik kesediaan BN runding pembahagian kerusi PRN MelakaTakiyuddin berkata, salah satu isu yang akan dibincangkan ialah status kerusi DUN Rembia, yang dimenangi oleh Umno dalam pilihan raya negeri Melaka 2021 sebelum penyandangnya menyertai PAS."Persoalannya ialah sama ada ia kekal sebagai kerusi Umno walaupun penyandangnya telah menyertai PAS, atau sama ada ia akan dianggap sebagai kerusi PAS. Itu akan menjadi sebahagian daripada rundingan. Kita belum putuskan lagi," katanya.Tambahnya lagi, berdasarkan komposisi semasa, Umno mempunyai 20 atau 21 daripada 28 kerusi dalam DUN Melaka, dengan baki kerusi membabitkan DAP, Amanah dan PKR.Takiyuddin berkata keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga akan diambil kira, dengan menegaskan bahawa PAS memenangi dua daripada enam kerusi parlimen yang ditandinginya di Melaka.Pada PRU15, Bersatu, PKR, DAP dan Amanah masing-masing memenangi satu kerusi, manakala Umno gagal memenangi mana-mana kerusi parlimen di negeri ini. -The Star