PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan serta beberapa prosedur perubatan yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatannya.Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan doktor selama dua hari. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jenis pemeriksaan atau prosedur yang sedang dijalani Perdana Menteri.Justeru, rakyat Malaysia diminta mendoakan agar segala urusan berkaitan pemeriksaan dan prosedur perubatan Anwar berjalan lancar."Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudahkan serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah," demikian menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin.