suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peluang menarik… PH sambut baik kesediaan BN runding pembahagian kerusi PRN Melaka

Fahmi berkata PH menyambut baik keterbukaan BN berhubung pembahagian kerusi di Melaka.

PAKATAN Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang dan menyifatkannya sebagai peluang yang wajar diteliti.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keterbukaan berkenaan juga perlu diterima demi masa depan serta kestabilan politik Melaka, selain kepentingannya kepada negara.

“Pengerusi Keadilan Melaka, Adam Adli, turut memaklumkan beliau telah berhubung secara langsung dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof (berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka).

“Saya fikir keterbukaan ini merupakan peluang yang baik untuk kita teliti kerana kita tahu di Melaka, Barisan mempunyai 21 kerusi manakala Pakatan mempunyai lima kerusi.

"Jadi, perkara itu adalah sesuatu yang realistik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada Ahad.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, dalam hal ini beberapa perkara boleh diuruskan di peringkat negeri dan Persekutuan berkaitan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu masih terbuka untuk rundingan berhubung pembahagian atau pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka, selagi ia dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi bagi setiap parti.

Ahmad Zahid turut berkata, prinsip asas rundingan adalah kerusi yang dimenangi mana-mana parti mesti dihormati dan tidak sewenang-wenangnya diserahkan kepada rakan politik. - The Star.

Artikel Lain