suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteri Sultan Pahang, Tengku Ilyana Alia selamat disatukan dengan Christopher Lionel Froggatt

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia bersama pasangannya, Christopher Lionel Froggatt. -Gambar Instagram tuankuskalsom

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Akad Nikah anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia bersama pasangannya, Christopher Lionel Froggatt, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, bersama paduka-paduka adinda dan kerabat bergelar.

Istiadat akad nikah disempurnakan Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, yang bertindak sebagai jurunikah.

Menurut hantaran Facebook Kesultanan Pahang pada Sabtu, selepas lafaz akad nikah, pengantin lelaki menunaikan solat sunat sebelum pasangan berarak masuk ke pelamin bagi upacara penyerahan mas kahwin dan menyarung cincin perkahwinan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa dan upacara merenjis sebagai simbolik restu serta doa kesejahteraan buat pasangan.

Istiadat diakhiri dengan sesi bergambar bersama keluarga dan tetamu kehormat sebelum Sultan Pahang berangkat meninggalkan majlis.

Kesultanan Pahang turut merafakkan doa agar Tengku Puteri Ilyana dan Christopher Lionel Froggatt dikurniakan kebahagiaan, keberkatan, rahmat serta kesejahteraan berpanjangan dalam melayari bahtera rumah tangga.

Sementara itu, Cik Puan Besar Kalsom Abdullah turut berkongsi gambar pasangan tersebut di Instagram pada Sabtu.

“Daripada zaman bermain bersama sehingga menyarung cincin perkahwinan. Melihat anda berdua membesar di depan mata dan hari ini menyaksikan anda disatukan dalam perkahwinan, saya sangat gembira.

“Semoga anda berdua sentiasa dikurniakan yang terbaik, dilimpahkan kasih sayang sepanjang hayat dan terus bahagia bersama hingga ke akhir hayat,” kongsi Cik Puan Besar Kalsom Abdullah.

 

Artikel Lain