BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar (leadless pacemaker) bagi merawat masalah rentak jantung tidak normal di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.IJN dalam satu kenyataan kepada mStar memaklumkan prosedur tersebut berjaya dilakukan pada sebelah petang. Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri dinasihatkan supaya berehat bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri jalani prosedur pasang perentak jantung petang Jumaat... Alami masalah kesihatan sejak beri keterangan pada SPRMSehubungan itu, pihak IJN memaklumkan lawatan ke atas Ahli Parlimen Bera itu dihadkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja bagi memastikan privasi serta kelancaran proses pemulihannya.IJN turut memohon kerjasama pihak media dan orang ramai agar menghormati privasi Ismail Sabri serta keluarganya sepanjang tempoh tersebut.Katanya, sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Perdana Menteri ke sembilan itu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi yang diberi kuasa.