BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker) di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat petang.Perkembangan itu dimaklumkan oleh peguam beliau, Datuk Amer Hamzah Arshad yang menjelaskan bahawa faktor kesihatan Ahli Parlimen Bera berkenaan menyebabkan prosiding pertuduhan terhadapnya terpaksa ditangguhkan sehingga 27 Ogos.Menurut Amer Hamzah, pihak pendakwaan sebenarnya sudah mendaftarkan pertuduhan terhadap anak guamnya pada Jumaat.Bagaimanapun, pertuduhan di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak dapat dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan berikutan ketidakhadiran Ismail Sabri di mahkamah. Amer Hamzah menjelaskan, masalah kesihatan Ismail Sabri dikesan ketika beliau sedang memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada Khamis."Kami difahamkan beliau disoal siasat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang sebelum dibawa ke IJN selepas pukul 6 petang."Apabila kami menghubungi anak guam dan keluarganya pagi Jumaat, kami dimaklumkan bahawa beliau akan menjalani prosedur berkaitan perentak jantung pada sebelah petang."Disebabkan keadaan itu, adalah tidak praktikal untuk pertuduhan dibacakan di IJN dan kami sudah menjelaskan perkara yang berlaku kepada hakim serta pihak pendakwaan," katanya kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.Dalam pada itu, Amer Hamzah mendedahkan Ismail Sabri sudah mengalami masalah kesihatan beberapa minggu sebelum hadir di ibu pejabat SPRM pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi dakwa di IJN, prosiding kes pengisytiharan harta Ismail Sabri tangguh 27 OgosMenurutnya, bekas perdana menteri itu terjatuh kira-kira dua minggu lalu sehingga dimasukkan ke Hospital Pantai.Ismail Sabri sepatutnya menjalani pemeriksaan susulan di IJN pada Isnin, 10 Ogos sebelum masalah kesihatannya dikesan ketika berada di ibu pejabat SPRM."Kami memohon supaya perkara ini ditangguhkan kepada tarikh lain dan mahkamah bersetuju menetapkannya pada 27 Ogos."Bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada keadaan kesihatan anak guam saya yang stabil dan baik. Sekiranya terdapat sebarang isu, kami akan membangkitkannya pada tarikh tersebut," ujarnya.Untuk rekod, pendakwaan terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung perisytiharan harta, di mana sebelum ini beliau dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat kepada SPRM. -The Star