suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Batik Air cerita situasi panik lepas lelaki warga India pecahkan tingkap, cuba buka pintu kecemasan ketika di udara!

Penumpang dan kru kabin cemas ketika insiden berlaku.

KEADAAN tenang dalam sebuah pesawat bertukar cemas apabila seorang penumpang bertindak luar kawalan merosakkan panel tingkap dan cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat sedang berada di udara.

Insiden tersebut berlaku dalam penerbangan Batik Air OD231 dari Kuala Lumpur ke Kochi, India pada malam 5 Ogos lalu.

Apa yang membimbangkan, kejadian berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur.

Menceritakan detik mencemaskan itu, seorang penumpang dikenali sebagai Matty Mathew berkata, mereka dikejutkan dengan bunyi kuat seperti deruan udara masuk ke dalam kabin.

"Ini merupakan kejadian yang sangat mengganggu dan menakutkan dalam penerbangan Batik Air saya dari Kuala Lumpur ke Kochi.

"Penerbangan berlangsung pada tengah malam dan kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur sebelum kami dikejutkan dengan bunyi udara yang kuat serta menakutkan," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut Matty, lelaki yang duduk di barisan pintu kecemasan didakwa merosakkan panel tingkap sebelum cuba membuka pintu berkenaan.

Suspek ditahan oleh kru kabin dan penumpang sebelum diserhkan kepada polis.

Suspek ditahan oleh kru kabin dan penumpang sebelum diserahkan kepada polis.

Dakwanya, penumpang boleh mendengar bunyi deruan udara di dalam pesawat, sekali gus menyebabkan mereka berada dalam ketakutan.

Bagaimanapun, pintu kecemasan itu kekal tertutup disebabkan reka bentuk pesawat dan tekanan udara di dalam kabin.

Matty berkata, beberapa penumpang bersama kru kabin Batik Air kemudian bertindak pantas menahan lelaki terbabit bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

"Ia merupakan pengalaman yang amat menakutkan, tetapi syukur kami semua selamat.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang tampil membantu ketika detik mencemaskan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, media India pada Khamis melaporkan, pelaku dikenali sebagai Jamsheer Athanikkal, 36, yang berasal dari Palakkad, India ditahan susulan kejadian itu.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9.30 malam hingga 11.05 malam ketika pesawat sedang dalam penerbangan.

Laporan polis turut mendakwa lelaki itu merosakkan panel dalaman tingkap pintu kecemasan menggunakan kakinya sebelum cuba membuka pintu berkenaan serta membuat ugutan pada penumpang dan kru kabin.

Terdahulu, pesawat jenis Boeing 737 itu bagaimanapun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin sebelum lelaki tersebut ditahan anggota Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) dan diserahkan kepada polis.

Kes tersebut didaftarkan susulan aduan yang dibuat pegawai keselamatan Batik Air di Kochi, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca tindakannya.

Artikel Lain