suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri akan didakwa di mahkamah pagi esok

Ismail Sabri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada pukul 9 pagi.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berkaitan dengan pengisytiharan harta.

Beliau sebelum ini pernah dipanggil beberapa kali untuk dirakam keterangan berhubung pengisytiharan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam siasatan sebelum ini, SPRM telah menyita wang tunai dalam mata wang asing bernilai RM170 juta serta 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai RM7 juta.

Sitaan tersebut dilakukan dalam serbuan di beberapa premis susulan penahanan empat pegawai kanan Ismail Sabri pada Februari 2025. - The Star

Artikel Lain