suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik… Galah besi kait kelapa dipercayai jadi punca

Tangkap layar (screenshot) memaparkan tiga anggota polis terbaring selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Weston, petang Khamis. -Foto media sosial

TIGA anggota polis lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Weston, dekat Beaufort, petang Khamis. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas, memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.50 petang.

Susulan itu, pasukan bomba dari BBP Beaufor dikejarkan ke lokasi kejadian.

Maklumat lanjut berhubung identiti mangsa serta punca kejadian masih dalam sisatan.

Terdahulu, gambar serta video kejadian tular di laman sosial, memaparkan ketiga-tiga mangsa terbaring di atas tanah.

Kepulan asap turut kelihatan daripada jasad mangsa. 

Difahamkan, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi. 

Artikel Lain