suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN sasar kekal pertahan 21 kerusi DUN Melaka - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya pada Khamis.

BARISAN Nasional (BN) Melaka mahu mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perkara itu disuarakan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya pada Khamis.

Pada 3 Ogos lalu, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa kesemua 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), berada di landasan untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi semua wakil rakyat gabungan berkenaan sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Malah, beliau menyifatkan pencapaian kesemua Adun terbabit sebagai melebihi jangkaan.

Tempoh pentadbiran DUN Melaka dijadual berakhir pada Disember ini.

Mengikut undang-undang, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan. -The Star

Artikel Lain