suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasatan kes kematian Rocky sudah lengkap, polis tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya

Rocky mati selepas dipercayai terjerut dengan tali ketika insiden pergelutan antara individu yang mengaku pemiliknya dengan pihak PBT.

POLIS menyerahkan kertas siasatan berhubung kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada Selasa.

"Kertas siasatan berkaitan kes Rocky telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam (Selasa). Kami kini menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.

Rocky disahkan mati dalam kejadian pada 29 Julai lalu, ketika operasi tangkapan anjing liar yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan penduduk setempat di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi MBDK ikut SOP, tindakan pemilik punca Rocky tercekik

Kejadian tersebut menimbulkan kekecohan di media sosial, susulan tularnya klip video ketika operasi.

Segelintir pihak menuduh anggota terlibat bertindak kasar dan melakukan kekejaman hingga membawa kepada kematian anjing berkenaan. 

Isnin lalu, Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain dalam satu kenyataan menjelaskan operasi berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), termasuk menggunakan peralatan yang diluluskan seperti gelung penangkap dan jaring.

Ujarnya, insiden berlaku ketika anggota cuba menangkap anjing ke-13 apabila seorang wanita yang mendakwa pemilik haiwan itu bertindak menarik anjing tersebut untuk melepaskannya sehingga menyebabkan haiwan berkenaan tercekik.

MBDK juga berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung insiden tersebut kepada polis.

Artikel Lain