Rocky mati selepas dipercayai terjerut dengan tali ketika insiden pergelutan antara indivdu yang mengaku pemiliknya dan pihak PBT.
DUA pegawai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah dirakam keterangan polis berhubung kematian seekor anjing jalanan dikenali sebagai Rocky ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang pada 29 Julai lalu.Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, seramai 11 anggota penguat kuasa MBDK bersama kira-kira 50 penduduk terlibat dalam operasi yang bermula pada pukul 8.30 malam itu. Menurutnya, operasi berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), termasuk menggunakan peralatan yang diluluskan seperti gelung penangkap dan jaring.ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk minta henti sebar fitnah, bongkar cerita sebenar kes kematian Rocky... Dakwa individu ‘acah’ pemilik punca pergelutanBeliau berkata, insiden berlaku ketika anggota cuba menangkap anjing ke-13 apabila seorang wanita yang mendakwa pemilik haiwan itu bertindak menarik anjing tersebut untuk melepaskannya sehingga menyebabkan haiwan berkenaan tercekik.Abd Hamid menjelaskan operasi dijalankan susulan banyak aduan penduduk mengenai gangguan anjing liar, termasuk satu kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera parah dan kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).Katanya, dakwaan operasi itu bertujuan mencederakan haiwan adalah tidak benar kerana ia dilaksanakan semata-mata bagi menjaga keselamatan awam.Tambah beliau, MBDK menerima kira-kira 50 aduan berkaitan anjing liar setiap bulan, namun berdepan kekangan tenaga kerja selain tiada syarikat swasta yang bersedia menjalankan kerja-kerja menangkap anjing liar."MBDK akan menunggu hasil siasatan polis berhubung insiden tersebut," katanya.-The Star