suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk minta henti sebar fitnah, bongkar cerita sebenar kes kematian Rocky... Dakwa individu ‘acah’ pemilik punca pergelutan

Rocky mati selepas dipercayai terjerut dengan tali ketika insiden pergelutan antara indivdu yang mengaku pemiliknya dan pihak PBT.

KEMATIAN seekor anjing ketika operasi tangkapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pelabuhan Klang, Selangor mengundang kecaman ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Tidak kurang juga yang menuduh anggota terlibat bertindak kasar dan tidak prihatin terhadap kebajikan haiwan berkenaan tanpa mengetahui situasi sebenar di lokasi kejadian.

Tampil menjelaskan perkara itu, penduduk setempat yang popular dengan gelaran Jalal Misai di Threads mendakwa kematian anjing berkenaan berlaku susulan tindakan seorang individu mengaku sebagai pemiliknya cuba melepaskan haiwan tersebut daripada jerutan alat tangkapan.

Menurutnya, tindakan menarik anjing berkenaan ketika ia masih berada dalam jerutan menyebabkan berlaku pergelutan antara individu terbabit dengan petugas PBT.

"Kes berlaku di tempat saya. Kadang-kadang sedih tengok beberapa artis viralkan muka dia (individu terlibat dalam operasi) dengan fakta salah.

Salah seorang penduduk yang menceritakan insiden membabitkan anjing tersebut.

Salah seorang penduduk yang menceritakan insiden membabitkan anjing tersebut.

"Penduduk sini dah muak dengan masalah gangguan anjing liar. Sebelum ini pun tak pernah ada anjing yang terbunuh semasa tangkapan selagi tak ada yang pergi menarik anjing dalam jerutan alat itu sehingga ia tercekik.

"Mereka tangkap untuk bawa ke depoh, bukan untuk membunuh. Berhentilah sebar benda salah," tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.

Jalal turut mempersoalkan status pemilikan anjing berkenaan selepas individu mendakwa sebagai pemiliknya dikatakan gagal menunjukkan lesen, pengenalan dan bukti vaksinasi.

Menurutnya, segelintir pihak gemar memberi makan kepada anjing liar sehingga haiwan itu terbiasa berkeliaran, namun tidak mahu bertanggungjawab apabila berlaku serangan terhadap penduduk.

  • Seekor anjing mati ketika operasi tangkapan PBT di Pelabuhan Klang.
  • Jalal Misai mendakwa insiden berlaku apabila individu yang mengaku pemiliknya cuba melepaskan anjing tersebut.
  • Perbuatan menarik dari arah bertentangan dipercayai menyebabkan anjing itu tercekik.
  • Individu berkenaan didakwa gagal menunjukkan lesen pemilikan anjing yang sah.
  • KRT Jalan Sama Gagah meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sementara siasatan dijalankan.

"Apabila ada kes penduduk tercedera, semua menikus dan tidak mengaku itu anjing peliharaan mereka.

"Susahlah nak cerita dengan orang yang tidak tinggal di sini. Mungkin di bandar lain ceritanya berbeza," jelasnya.

Mengulas reaksi pihak luar, Jalal meminta masyarakat memahami keresahan penduduk yang sudah lama berdepan gangguan anjing liar di kawasan berkenaan.

"Terima kasih kepada yang memahami situasi penduduk di sini. Cina, Melayu dan India dari dahulu hidup harmoni dekat sini.

Antara komen warga maya.

Antara komen warga maya.

"Hanya satu kejadian yang ramai tidak tahu cerita, habis orang luar masuk campur untuk tiup api perkauman dan ambil kesempatan melagakan orang awam," ujarnya.

Penjelasan itu turut disokong dengan kenyataan rasmi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Sama Gagah bertarikh 31 Julai 2026 berhubung insiden berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, operasi menangkap anjing liar itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan penduduk setempat.

KRT memaklumkan orang awam yang terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan peralatan disediakan MBDK serta bertindak di bawah penyelarasan pihak berkuasa terbabit.

"Dalam kejadian tersebut, seekor anjing telah berjaya ditangkap. Walau bagaimanapun, selepas tangkapan dibuat, seorang individu yang mengaku sebagai pemilik anjing berkenaan telah datang dan cuba melepaskan anjing tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: "Senangnya sebar fitnah" - Atikah Suhaime kesal 'jatuh hukum' kes Rocky tanpa usul periksa

"Tindakan tersebut telah menyebabkan berlaku pergelutan apabila kedua-dua pihak menarik anjing ke arah bertentangan. Akibat pergelutan itu, anjing tersebut dipercayai tercekik dan disahkan mati di lokasi kejadian," jelas kenyataan berkenaan.

KRT turut mendakwa individu yang mengaku sebagai pemilik haiwan tersebut gagal mengemukakan lesen pemilikan anjing yang sah ketika kejadian.

Bagaimanapun, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus, adil dan menyeluruh berdasarkan fakta, keterangan saksi serta bukti yang ada.

Dalam masa sama, semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau tuduhan yang boleh mengganggu proses siasatan.

Artikel Lain