suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramalan PRN Johor dan Negeri Sembilan tepat, Ahmad Maslan yakin BN-PN ‘tawan’ Melaka

Ahmad Maslan yakin kerjasama BN-PN beri impak positif di Melaka.

SUSULAN kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan meletakkan keyakinan Melaka akan turut 'ditawan' menerusi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Maslan berkata, ia sejajar dengan rekod ramalannya terhadap keputusan pilihan raya sebelum ini yang disifatkan hampir tepat.

"Johor saya ramal 45, dapat 48 kerusi. Negeri Sembilan saya ramal 25, dapat 25. Maka Melaka saya ramal BN-PN menang," katanya kepada media.

Ahmad Maslan berkongsi perkara itu selepas menghadiri program larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2026 di Petaling Jaya pada Ahad.

Malah kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ini lagi, tindakan Pakatan Harapan (PH) yang menarik diri daripada kerjasama di Melaka turut membuka ruang kepada persefahaman antara BN dan PN.

ARTIKEL BERKAITAN: BN-PN menang bergaya, peroleh mandat bentuk kerajaan Negeri Sembilan baharu

"Saya difahamkan begitu kerana PH telah menarik diri di Melaka. Jadi BN dan PN, sebagaimana yang diberitahu oleh Pengerusi BN (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), persefahaman ini akan diteruskan di Melaka. 

"Itu bukan kenyataan saya, saya mengulang kenyataan beliau," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Untuk rekod, Barisan Nasional memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional memperoleh tujuh kerusi dan bakinya milik Pakatan Harapan (11).

Bagi kerusi DUN PRN Johor pula, Barisan Nasional memenangi 48 daripada 56 kerusi manakala lapan lagi milik Pakatan Harapan.

Artikel Lain