suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan

Ismail Lasim angkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu pada Ahad.

Veteran Umno berusia 67 tahun itu melafazkan sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

Ismail yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah dan Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan sebelum ini memegang portfolio pendidikan dan modal insan dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Lasim calon ‘favourite’ Menteri Besar Negeri Sembilan

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu, Ismail mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh selepas menewaskan dua pencabarnya dalam saingan tiga penjuru.

Beliau memperoleh 6,907 undi, mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Aidil Abdullah yang meraih 2,816 undi dan calon Bersatu, Mohd Zuhaimi Md Yusof dengan 506 undi.

Ismail sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Senaling dari 1999 hingga 2018 dan sekali lagi antara 2023 hingga 2026, selain pernah mewakili DUN Juasseh dari 2018 hingga 2023.

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi pada PRN berkenaan, dengan Umno meraih 16 kerusi manakala MCA memperoleh dua kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula memenangi tujuh kerusi, masing-masing empat menerusi PAS dan tiga oleh Wawasan.

Sementara itu, PH meraih 11 kerusi apabila DAP memenangi sembilan kerusi manakala PKR memperoleh dua kerusi. -The Star

Artikel Lain