Pimpinan BN dan PN meraikan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila memperoleh 25 kerusi. -Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star
KEPUTUSAN penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.Bersama Perikatan Nasional (PN) yang meraih tujuh kerusi, gabungan BN-PN meraih 25 kerusi, sekali gus melepasi majoriti dua pertiga untuk membentuk Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu. Menerusi keputusan yang dipaparkan di laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), gabungan Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh 11 kerusi.BN menawan kerusi DUN Chennah, Jeram Padang, Johol, Pertang, Labu, Chembong, Linggi, Sungai Lui, Lenggeng, Juasseh, Rantau, Seri Menanti, Kota, Senaling, Gemencheh, Palong, Pilah dan Repah.Manakala PN memperoleh kemenangan di kerusi DUN Serting, Gemas, Klawang, Ampang, Sikamat, Paroi dan Bagan Pinang.Perikatan Harapan (PH) pula memenangi 11 DUN iaitu Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Chuah, Lukut dan Sri Tanjung.Untuk rekod pada PRN 2023, BN memenangi 14 kerusi, PN 5 kerusi manakala PH 17 kerusi.BN dan PH membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga selepas menang 31 daripada 36 kerusi.