suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan PRN Negeri Sembilan isyarat jelas rakyat terima penyatuan ummah - Abdul Hadi

Abdul Hadi ketika menghadiri kempen di Negeri Sembilan. -Gambar Facebook Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai isyarat jelas rakyat menerima usaha penyatuan ummah.

Abdul Hadi berkata kejayaan itu akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin dan stabil.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN).

"Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

"PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan PN dan Barisan Nasional (BN), para calon, petugas serta jentera parti yang bekerja bersama dalam memastikan kejayaan PN-BN.

"Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya," katanya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memperoleh 18 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25 kerusi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persefahaman antara BN dan PN akan diterjemahkan melalui pembentukan kerajaan negeri yang stabil berdasarkan mandat rakyat.

Manakala PH berjaya memperoleh 11 kerusi. 

Artikel Lain