suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PH anggap sentimen ‘takut‘ DAP, naratif politik identiti punca kekalahan di Negeri Sembilan

Pimpinan PH mengadakan sidang media pada malam Sabtu.

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan naratif yang memfokuskan kepada politik identiti menjadi punca kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan trend undi, faktor berkenaan menjejaskan prestasi gabungan itu meskipun kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun mencatatkan prestasi pentadbiran yang baik.

"Berdasarkan trend undi, itulah yang berlaku. Kalau tanya mengenai performance Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun) dan kerajaan Negeri Sembilan, kita marvelous dari segi investment, reformasi yang dibuat, perkhidmatan kepada pengundi.  

"Kita merasakan setakat ini, disebabkan isu politik identiti (punca kekalahan) yang dimainkan pesaing kita," kata Amirudin dalam sidang media sebentar tadi. 

Tambahnya, kepimpinan PH mengambil tanggungjawab secara kolektif terhadap keputusan kekalahan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad mendakwa sentimen yang membangkitkan kebimbangan terhadap DAP menyebabkan ramai pengundi Melayu membuat pilihan berasaskan faktor tersebut, berbanding menilai rekod pencapaian kerajaan negeri.

"Kempen prestasi tak dapat sambutan. Isu terbesar adalah politik identiti. Persoalan Melayu perlu bersatu hadapi ancaman DAP, dikatakan Menteri Besar, Yang Dipertuan Besar dalam tangan DAP.

"Ini sebabkan orang Melayu undi berdasarkan sentimen takut kepada ancaman DAP. Persoalan prestasi tak diberi perhatian," katanya.

Menerusi keputusan tidak rasmi setakat ini, PH memperoleh 11 kerusi dengan DAP muncul penyumbang terbesar memperoleh lapan kerusi, diikuti PKR dengan tiga kerusi.

Manakala Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 18 kerusi manakala Pakatan Nasional 7 kerusi. 

Artikel Lain