PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menitipkan pesanan agar pentadbiran negeri diteruskan dengan sebaik mungkin oleh bakal Menteri Besar baharu.Aminuddin berkata, penggantinya perlu meneruskan segala dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat, di samping menambah baik kelemahan yang masih wujud. "Teruskan yang terbaik. Pastikan lebih baik daripada apa yang saya bagi. Teruskan apa yang elok dan perbaiki apa yang lemah," katanya dalam siding media bersama pimpina PH pada Sabtu.Aminuddin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 kepada penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli daripada Barisan Nasional (BN).ARTIKEL BERKAITAN: PH anggap sentimen ‘takut‘ DAP, naratif politik identiti punca kekalahan di Negeri SembilanUjarnya, dia menerima keputusan yang dibuat rakyat dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai lumrah dalam politik."Saya terima apa jua keputusan. Sejak Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan."Mungkin 'report card' saya masih kurang, mungkin mereka tidak berpuas hati. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya selama lapan tahun," katanya.Menurut beliau, kekalahan itu tidak sedikit pun membuatkan dirinya menyesal kerana sepanjang lapan tahun mentadbir negeri, beliau percaya usaha mengubah cara fikir masyarakat sudah mula menunjukkan hasil."Ini qada dan qadar... saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmahnya. "Politik ada kalah dan menang. Kali ini saya rasa kita berjaya mendidik sebahagian besar masyarakat supaya beralih daripada politik perkauman kepada menilai prestasi dan apa kita mahukan pada masa depan. Saya nampak ada perkembangan baik."Saya tak menyesal. Yang penting kita mendidik anak bangsa supaya berubah daripada apa yang dimomokkan," ujarnya.Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memperoleh 18 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25 kerusi.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persefahaman antara BN dan PN akan diterjemahkan melalui pembentukan kerajaan negeri yang stabil berdasarkan mandat rakyat.Manakala PH berjaya memenangi 11 kerusi.