suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar ucap tahniah kepada BN, beri jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus sokong kerajaan negeri baharu

Anwar ketika berkempen di Negeri Sembilan. -Gambar Facebook Anwar Ibrahim

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu. 

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi tersebut.

Beliau turut menghargai kepercayaan rakyat Negeri Sembilan yang diberikan kepada PH serta Datuk Seri Aminuddin Harun sepanjang lapan tahun menerajui kerajaan negeri sebagai Menteri Besar.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.

"Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan," katanya. 

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri baharu demi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Sembilan dan rakyatnya terus terpelihara.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memperoleh 18 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi tujuh kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25 kerusi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persefahaman antara BN dan PN akan diterjemahkan melalui pembentukan kerajaan negeri yang stabil berdasarkan mandat rakyat.

Artikel Lain