Bersatu ketika melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada 25 Julai lalu. -Foto Bernama
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih gagal mendahului mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.Setakat pukul 8.30 malam, Bersatu yang bertanding secara solo di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), masih jauh ketinggalan dengan jurang undi yang besar. Parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRN ke-15 lalu iaitu di Gemas dan Labu.ARTIKEL BERKAITAN: [TIDAK RASMI] BN cemerlang di 18 kerusi, PH pula takluk 13 DUN ‘urban’Menerusi kiraan undian tidak rasmi, kerusi Gemas didahului oleh calon Perikatan Nasional (PN) daripada Wawasan, Ridzuan Ahmad yang memperoleh 13,449 undi, manakala Azman Abdullah yang mewakili Bersatu jauh ketinggalan dengan 880 undi.Sementara itu, kerusi Labu pula kini didahului oleh Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Siti Nur Umaira Hasim dengan 8,023 undi, manakala Anip Abu Baker yang mewakili Bersatu memperoleh 1,194 undi. Begitu juga dengan kerusi Juasseh, calon Bersatu, Mohd Zuhaimi Md Yusof memperoleh 506 undi; Datuk Zamri Md Said memperoleh 344 undi di Linggi; Mazrulhisham Abd Mansor memperoleh 317 undi di Sungai Lui; Adib Musa memperoleh 83 undi di Klawang, Affendy Salleh memperoleh 115 undi di Serting.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz pula hanya memperoleh 442 undi di kerusi Sikamat, jauh ketinggalan di belakang calon PN, Datuk Razali Abu Samah yang memperoleh 11,789 undi dan Nor Azman Mohamad daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 9,177 undi.