suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anthony Loke umum gagal pertahan DUN Chennah, ‘war room‘ BN bergema sorakan kemenangan

Anthony Loke ditemui media selepas membuang undi pada Sabtu.

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke mengumumkan kepada penyokongnya beliau gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang disandangnya sejak 2013.

Anthony bagaimanapun memberitahu walaupun kalah beliau berjanji akan terus bersama penyokongnya.

Tambahnya, pasukan kempen PH juga sudah melakukan yang terbaik namun kemenangan tidak berpihak kepada mereka dengan majoriti tidak sampai 500 undi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus bersama anda semua.

"Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di dalam hati kami," katanya.

Sementara itu, Anthony memberitahu mungkin akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas kekalahan mengejut di Chennah.

Bagaimanapun kata Anthony, beliau akan berbincang dengan pemimpin parti yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Ya, saya sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan saya di DAP Negeri Sembilan.

"Sebelum saya membuat sebarang keputusan berkenaan peranan saya sebagai Setiausaha Agung DAP, sudah tentu saya akan berbincang lanjut dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengenai hala tuju kita selepas ini," katanya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Anthony Loke tewas di kerusi berkenaan kepada calon Barisan Nasional (BN) iaitu Siow Kong Choon dalam pertembungan dua penjuru.

Difahamkan kesemua kertas undi daripada semua saluran selesai dikira yang memperlihatkan Kong Choon memperoleh 5,418 undi atau 52 peratus daripada 10,345 kertas undi.

Sementara itu, war room Barisan Nasional bergema dengan sorakan apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan Kong Choon mengalahkan Anthony. 

 

Artikel Lain