suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[TIDAK RASMI] BN cemerlang di 18 kerusi, PH pula takluk 11 DUN ‘urban’

BN dan PH saling bersaing di PRN Negeri Sembilan.

SETIAUSAHA Agung Umno Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Barisan Nasional (BN) sedang mendahului di 18 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Asyraf Wajdi berkata Peritakan Nasional (PN) pula sedang mendahului di tujuh buah kerusi.

Angka itu menjadikan jumlah BN-PN 25 kerusi.

Asyraf Wajdi berkata, BN yakin dapat membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi.

"Ini akan membolehkan Barisan dan Perikatan membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga," katanya.

Sementara itu, pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata berdasarkan laporan awal undi dan pengiraan semasa, PH mendahului di 11 kerusi yang sebahagian besarnya adalah kerusi di kawasan urban. 

"Insya-Allah, semoga momentum ini berterusan," katanya dalam satu hantaran di Threads.

 

 

Artikel Lain