Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) sedang melihat pengumuman tidak rasmi PRN Negeri Sembilan bertempat di Command Centre Barisan Nasional Negeri Sembilan.
BARISAN Nasional (BN) mendahului Pakatan Harapan (PH) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika proses pengiraan undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 berlangsung.Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 6.30 petang, BN dilaporkan berada di hadapan di kerusi Repah, Seremban Jaya, Rantau, Labu, Seri Menanti, Rahang, Juasseh dan Gemencheh. Sementara itu, Menteri Besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PH mendahului saingan di kerusi Linggi.PH turut mencatatkan kelebihan berbanding BN di beberapa kawasan lain termasuk Bukit Kepayang, Temiang dan Bahau.Bagi kerusi Gemas pula, Perikatan Nasional (PN) menerusi Bersatu dilaporkan sedang mendahului kiraan awal.Keputusan berkenaan masih tidak rasmi dan boleh berubah sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).