suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

44.67 peratus keluar mengundi setakat pukul 1 petang, SPR gesa golongan muda keluar tunai tanggungjawab - “Lagi ramai warga emas”

Ramlan ketika membuat tinjauan di pusat mengundi pada Sabtu. -Gambar Bernama

GOLONGAN muda digesa supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan menggunakan hak mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun bagaimanapun yakin kadar keluar mengundi mampu mencapai antara 72 hingga 75 peratus berikutan persaingan sengit antara parti-parti bertanding serta usaha berterusan mereka menggerakkan pengundi.

"Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian awal kami, lebih ramai warga emas dilihat keluar mengundi berbanding golongan muda.

"Keadaan cuaca yang kurang baik juga diramalkan melanda hampir seluruh negeri pada sebelah petang, kecuali di Port Dickson," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor di Seremban pada Sabtu.

Setakat pukul 1 petang, peratusan mengundi meningkat kepada 44.67 peratus atau 384,096 daripada 859,760.

Dalam perkembangan lain, Ramlan berkata sebanyak 293 aduan berkaitan kesalahan pilihan raya diterima SPR setakat ini dan kesemuanya telah ditangani oleh pasukan pemantau SPR bersama pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, antara aduan yang diterima melibatkan pemasangan poster yang menghalang papan tanda jalan serta aktiviti berkempen tanpa permit.

Mengenai pelaksanaan projek perintis Optical Character Recognition-Voter Attendance (OCR-VA), beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan proses operasi pilihan raya.

"Matlamat utama sistem ini adalah untuk menilai sama ada proses pengesahan identiti pengundi boleh dilakukan menggunakan MyKad, berbanding kaedah manual yang digunakan ketika ini.

"Sistem ini juga tidak melibatkan mana-mana bahagian lain dalam proses pilihan raya," katanya.

Beliau berkata hasil pelaksanaan projek perintis yang dijalankan di saluran terpilih di SMA Dato Klana Petra Maamor akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat, selain sesi libat urus lanjut akan diadakan bersama pihak berkepentingan. -The Star

Artikel Lain