suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28.11 peratus keluar mengundi PRN Negeri Sembilan sehingga 11 pagi 

Nur Hanie Eryqa Mazlan (tengah) bersama adik-beradik membuang undi di pusat pengundian SMA Dato Klana Petra Maamor.

PERATUSAN keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan meningkat kepada 28.11 peratus setakat pukul 11 pagi pada hari Sabtu.

Seramai 241,669 daripada 859,760 pengundi yang layak telah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian bermula serentak membabitkan 401 pusat mengundi dan 1,668 saluran di seluruh negeri.

SPR menyasarkan keseluruhan peratusan keluar mengundi antara 72 peratus hingga 75 peratus menjelang pusat pengundian ditutup.

Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.

Artikel Lain