suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aminuddin tak ‘goyang’, yakin PH boleh sapu lebih 19 kerusi

Aminuddin yakin PH tawan lebih 19 kerusi.

DATUK Seri Aminuddin Harun yakin Pakatan Harapan (PH) akan melepasi 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Beliau yang juga Menteri Besar sementara Negeri Sembilan berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan semakan di jentera semua kerusi yang ditandingi gabungan itu.

Malah katanya, analisis dan rumusan pilihan raya yang dibuat pelbagai pihak di saat akhir tempoh berkempen tidak menganggu keyakinan PH untuk terus mentadbir Negeri Sembilan.

"Kami yakin melepasi 19 kerusi, insya-Allah saya yakin sehingga saat akhir malam tadi (Jumaat), saya semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan saya rasa jentera tidak rasa down (lemah) walaupun macam-macam spekulasi.

"Analisis yang dibuat hanya di atas meja, dia tidak turun ke bawah, saya yakin masih melepasi 19 kerusi," katanya kepada media.

Beliau ditemui selepas selesai membuang undi di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Pengerusi PH Negeri Sembilan itu dilihat beratur dan menunggu gilian di Saluran 2 Pusat Pembuangan Undi sambil beramah mesra dengan orang ramai.

DUN Sikamat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nor Azman, Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah (PN) dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu).

Pada PRN 2023, Aminuddin berjaya mempertahankan DUN Sikamat yang disandangnya sejak 2015 dengan majoriti 2,662 selepas meraih 12,730 undi, mengatasi calon PN dan dua calon Bebas. 

Artikel Lain