suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

8.29 peratus keluar mengundi PRN Negeri Sembilan setakat pukul 9 pagi, kata SPR

Tiga sahabat baik iaitu Limah Ujang, Juda Amin dan Erah Manap mencuri perhatian ramai dengan busana tradisional mereka ketika hadir membuang undi.

SEJAK pusat pengundian dibuka pukul 8 pagi, sebanyak 8.29 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab demokratik bagi memilih wakil rakyat baharu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pada Sabtu.

Angka itu adalah setakat pukul 9 pagi menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Proses pengundian bermula serentak membabitkan 401 pusat mengundi dan 1,668 saluran di seluruh negeri.

Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.

Sementara itu, Menteri Besar sementara merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membuang undi di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar.

Aminuddin berdepan saingan tiga penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Manakala Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin membuang undi di SJKC Chung Hua, Rantau.

Mohamad akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Artikel Lain