MENEPIS tanggapan bahawa golongan muda lebih gemar tidur hingga lewat pagi, tiga sahabat baik sejak kecil menjadi antara individu terawal beratur sebaik sahaja pusat pengundian dibuka di Pertang pada Sabtu.Norazlin Abdullah bersama pasangan kembar, Asmissa Sakina dan Asmissa Syafina Assemi yang masing-masing berusia 25 tahun tiba bersama tidak lama selepas proses pengundian bermula. "Siapa kata orang muda tidak bangun awal?" seloroh Norazlin sambil ketawa selepas selesai membuang undi.Ketiga-tiga mereka sudah bersahabat sejak kecil kerana membesar dalam komuniti sama dan melalui hampir setiap detik penting kehidupan bersama-sama.Justeru, keputusan untuk hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi secara bersama dianggap sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan buat mereka.Meskipun pengundi muda sering dijangka hadir pada lewat hari, tiga sahabat itu memilih untuk beratur pada awal pagi bersama-sama pengundi warga emas yang memasuki Saluran 1.Selepas jari masing-masing dicalit dakwat kekal, mereka meninggalkan pusat pengundian bersama-sama.Gelagat ketiga-tiga sahabat itu bukan sahaja mencuri perhatian, malah membuktikan bahawa persahabatan dan tradisi yang terjalin sejak kecil semakin kukuh apabila usia meningkat. -The Star