suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tak larang jemaah tidur selepas solat, sikap terbuka Masjid Bulat PJ undang pujian ramai

Warga maya memberi pujian langkah pengurusan masjid membenarkan jemaah berehat seketika.

PENGURUSAN Masjid Tun Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Masjid Bulat di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor mendapat pujian selepas membenarkan jemaah berehat di dalam dewan utama selepas menunaikan solat berjemaah.

Tindakan itu dilihat sebagai satu usaha mengimarahkan rumah Allah apabila jemaah diberikan ruang untuk mendapatkan keselesaan tanpa perlu meninggalkan kawasan masjid selepas selesai beribadah.

Berdasarkan perkongsian di Threads pada Jumaat, pihak pengurusan masjid tidak pernah melarang jemaah berehat, malah ada dilihat tidur atau baring di ruang solat utama terutama selepas solat Jumaat.

"Masjid Bulat kat PJ ni bagus. Pihak pengurusannya tak pernah larang jemaah untuk berehat di dalam dewan utama solat lepas solat Jumaat. Siap tidur baring lagi tu," kongsi individu dikenali Mohd Kurnia Abdol Sakor [Tonton Video].

Ramai berpendapat suasana mesra jemaah seperti itu dapat menggalakkan lebih ramai orang mendekati masjid serta menjadikan rumah Allah sebagai tempat yang lebih hidup dan terbuka kepada semua.

"Ini baru betul. Mengimarahkan masjid. Biar masyarakat rasa masjid lagi selesa, damai dari pusat beli-belah, taman atau mana-mana tempat yang tak bermanafaat.

"Seelok-eloknya macam ini, menggalakan orang muda kerap ke masjid. Suka tengok keadaan macam ini," komen warga maya.

Artikel Lain