suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta, cubaan seludup 25kg dadah gagal

Kesalahan pengedaran dan penyeludupan dadah akan diperuntukkan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG juruterbang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25.1 kilogram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang.

Memetik laporan Antara, suspek ditahan selepas pegawai kastam mengesan sebuah bagasi yang mencurigakan ketika pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 3.

Hasil pemeriksaan mendapati bagasi itu mengandungi 14 bungkusan besar serta satu lagi bungkusan yang dipercayai berisi dadah jenis methamphetamine.

Siasatan awal mendapati suspek dijanjikan upah sebanyak RM50,000 bagi membawa masuk dadah berkenaan ke Jakarta sebelum ia diserahkan kepada individu lain.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik, Brigedier Jeneral Eko Hadi Santoso berkata, sebaik tiba di Jakarta, suspek akan menerima arahan daripada seorang individu yang dipercayai berada di Malaysia.

"Suspek berkata dia kemudiannya akan dihubungi oleh seseorang dipercayai berada di Malaysia, yang akan memaklumkan bahawa seorang individu lain akan mengambil dadah itu dari hotelnya," katanya.

Eko berkata, keputusan ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah dengan kesan penggunaan pil ekstasi dan syabu dikesan dalam tubuhnya.

Menurutnya, suspek kini ditahan di Pusat Tahanan Bareskrim Polri sementara siasatan lanjut dijalankan.

Suspek berdepan pertuduhan mengikut Perkara 113(2), 114(2) dan 132(1) Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Indonesia berkaitan Narkotik, yang memperuntukkan hukuman berat terhadap kesalahan pengedaran dan penyeludupan dadah. -Agensi

 

Artikel Lain