SEORANG ibu bersama dua anak perempuannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, dekat Ipoh, malam Khamis.Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.10 malam. Ujarnya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 12 dan 11 tahun merupakan warga tempatan.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang nyawa dalam operasi pecah rumah… Suspek kena serangan jantung, kawan sekongkol cabut lari!"Pemeriksaan di bilik tersebut turut menemui sebuah bekas yang dipercayai mengandungi sisa arang yang dibakar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, pemeriksaan awal yang dijalankan pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pakar perubatan forensik tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh ketiga-tiga mangsa."Bedah siasat dijadualkan dijalankan pada Jumaat bagi melengkapkan siasatan," katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Muhammad Najib turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.