SEORANG lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan memecah masuk sebuah rumah di Jalan Building Society, Taman Star, Ipoh, meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung, awal pagi Selasa.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan. "Suspek bersama seorang lagi rakannya dipercayai memasuki rumah berkenaan selepas mengumpil tingkap."Bagaimanapun, berlaku pergelutan antara kedua-dua suspek dengan penjaga rumah tersebut."Seorang daripada suspek berjaya melarikan diri, manakala seorang lagi tiba-tiba rebah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Perompak maut ketika pecah rumah, cedera parah di lengan... 2 rakan ditahan, seorang lagi suspek masih bebasHasil bedah siasat mendapati punca kematian suspek adalah akibat saluran arteri jantung tersumbat.Mohd Alwi berkata, kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.Mohd Alwi berkata, polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-245 1500 bagi membantu siasatan. -The Star