suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ucapan ketika kempen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menghormati proses demokrasi. -MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

POLIS membuka satu kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berhubung ucapannya ketika berkempen di kawasannya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan tersebut adalah susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 55 tahun di Seremban.

Pengadu membuat laporan polis selepas melihat satu hantaran video yang memaparkan ucapan Shamsulkahar ketika berkempen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga beri pengajaran” - Sanusi mula hantar LOD, ramai lagi dalam senarai tunggu tindakan undang-undang

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggalakkan perasaan permusuhan atau kebencian serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan.

"Secara keseluruhan polis menerima sembilan laporan berkaitan pilihan raya pada Selasa, dengan tiga daripadanya telah dibuka kertas siasatan.

"Sejak hari penamaan calon, sebanyak 62 laporan polis diterima dan 19 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan pilihan raya," ujarnya pada Rabu.

Menurutnya, polis akan terus memperhebatkan penguatkuasaan serta memastikan semua pihak mematuhi undang-undang sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi memastikan pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman, harmoni dan lancar," katanya.

PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada Sabtu ini. -The Star

Artikel Lain