suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertikai inkues kematian Zara Qairina, Shafie Apdal dipenjara 5 minggu

Shafie didakwa mempertikaikan tempoh inkues membabitkan kematian Zara Qairina.

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang sedang berlangsung.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan memerintahkan hukuman terhadap Presiden Parti Warisan dan Ahli Parlimen Semporna itu berkuat kuasa serta-merta selepas sabitan dijatuhkan pada Rabu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu pada 22 September 2025, Shafie menerima notis tunjuk sebab berhubung kenyataan yang dibuatnya ketika berada di sebuah program di Kinabatangan pada 20 September tahun lalu.

Dalam ucapannya itu, beliau didakwa mempertikaikan tempoh inkues membabitkan kematian Zara Qairina yang berusia 13 tahun, selain mengeluarkan beberapa kenyataan lain berkaitan prosiding berkenaan.

Mahkamah kemudian memutuskan kenyataan tersebut mempunyai unsur menghina mahkamah kerana dibuat ketika inkues masih berlangsung.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 17 Julai tahun lalu, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

Ketika ini inkues bagi menentukan punca kematiannya masih berjalan.

Artikel Lain