suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesemua 113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, dibawa ke Ampang

Ratusan pelarian termasuk 110 etnik Rohingya dibawa ke lokasi penempatan yang ditetapkan NGO.

KESEMUA 113 pelarian yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar sekitar pukul 4 petang Selasa.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, mereka dibawa ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kesemua pelarian bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukan ambil alih negara ini” - Aktivis Rohingya minta kerajaan Malaysia cari penyelesaian isu pelarian dihalau

Terdahulu, media melaporkan kesemua 113 pelarian ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur bagi membolehkan proses dokumentasi dan tindakan lanjut dilaksanakan pihak berkuasa.

Daripada jumlah itu, 110 adalah etnik Rohingya, manakala selebihnya terdiri daripada seorang lelaki Iraq, seorang wanita Somalia dan seorang wanita Indonesia yang juga isteri kepada seorang pelarian Rohingya.

Fadil berkata, hasil proses dokumentasi mendapati semua pelarian Rohingya terbabit memiliki dokumen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah.

Artikel Lain