Hukuman berat terhadap pesalah rogol bukan sahaja mengambil kira trauma mangsa, malah sebagai pengajaran buat masyarakat. -Gambar hiasan
SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara selama 21 tahun dan 25 sebatan selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.Dia berdepan dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama, Hakim Mahkamah Sesyen, Roslinda Razali memerintahkan hukuman penjara selama 20 tahun dan 18 sebatan ke atas tertuduh kerana didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun mengikut tuduhan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 3 pagi, 1 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 21, Sandakan, Sabah.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap anaknya itu di tempat dan masa yang sama.Bagi kesalahan tersebut, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dari tarikh tangkapannya dan lima sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dihukum penjara 104 tahun, 18 sebatan rogol dua anak tiri bawah umurLelaki berusia 50 tahun itu diperintahkan menjalani hukuman penjara 20 tahun dan tujuh tahun secara serentak.Mahkamah juga mengenakan hukuman penjara tambahan selama satu tahun dan dua sebatan rotan di bawah Seksyen 16(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman lebih berat apabila pesalah berada dalam kedudukan amanah ke atas kanak-kanak, seperti ibu bapa, penjaga atau guru.Hukuman penjara tambahan akan berjalan berasingan selepas hukuman lain selesai, menjadikan jumlah hukuman efektif kepada 21 tahun.Mengikut fakta kes, kejadian didakwa berlaku ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu apabila tertuduh menyerangnya.Ibu mangsa cuba campur tangan dan menghalang perbuatan suaminya namun turut dipukul, menyebabkan dia ketakutan.Mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya.Siasatan, termasuk kenyataan saksi dan analisis DNA mengesahkan bahawa lelaki itu adalah bapa kandung mangsa. -The Star