suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Negeri Sembilan di tangan anda” - Najib seru pengundi keluar tunaikan tanggungjawab

Najib menyeru pengundi menjalankan tanggungjawab semasa PRN Negeri Sembilan.jpg

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, Sabtu.

Beliau yang kini sedang menjalani hukuman penjara berkata, hari pengundian merupakan masa untuk rakyat menentukan hala tuju negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Hari ini hari penentuan. Hanya sekali dalam lima tahun, anda diberi peluang menentukan hala tuju Negeri Sembilan.

"Kepada semua pengundi Negeri Sembilan, keluarlah mengundi dan tunaikan tanggungjawab anda," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Najib berkata, setiap undi adalah bernilai dan rakyat tidak seharusnya membiarkan pihak lain menentukan masa depan negeri bagi pihak mereka.

"Setiap undi amat berharga. Jangan biarkan orang lain tentukan masa depan bagi pihak anda," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak pengundi membawa ahli keluarga, saudara-mara serta rakan untuk bersama-sama keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

"Jika mahukan perubahan, semuanya bermula dengan satu undi hari ini. Negeri Sembilan di tangan anda," katanya.

Sebanyak 401 pusat pengundian membabitkan 1,668 saluran bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak pada pukul 8 pagi, Sabtu. -The Star

Artikel Lain