suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hari mengundi bawa makna berganda buat Jalaluddin Alias, sambut anniversary ke-39 dengan isteri - “Akan ada hadiah malam nanti...”

Datuk Seri Jalaluddin Alias dan isterinya, Datin Seri Maziah Mohd Nor menyambut ulang tahun ke-39 pada hari pengundian, Sabtu.

HARI pengundian membawa makna berganda buat calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias apabila tarikh berkenaan turut menjadi ulang tahun perkahwinannya yang ke-39.

Jalaluddin meraikan detik istimewa itu bersama isterinya, Datin Seri Maziah Mohd Nor selepas mereka selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Simpang Durian pada Sabtu.

Ahli Parlimen Jelebu itu sempat berseloroh bahawa beliau masih belum menyediakan hadiah buat isterinya, namun berjanji “akan ada hadiah malam nanti”.

Maziah pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Terdahulu, Jalaluddin yang mengenakan kemeja biru tiba di pusat pengundian bersama isteri dan anak mereka kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum membuang undi pada pukul 9.40 pagi.

Beliau kini mempertahankan kerusi DUN Pertang dalam saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Umry Abdul Khois dan calon Bersatu, Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus.

Pada pilihan raya negeri lalu, Jalaluddin menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Amirudin Hasan dengan majoriti 2,844 undi.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana keputusan pada Sabtu akan menentukan kepimpinan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Jalaluddin turut yakin peratusan keluar mengundi akan terus meningkat sepanjang hari dan berharap jumlahnya melebihi 70 peratus seperti yang dicatatkan pada pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya, rakyat memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan negeri, selain berpeluang menentukan kestabilan dan kemakmuran Negeri Sembilan untuk tempoh lima tahun akan datang. -The Star

Artikel Lain