suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu wanita ditemui tak bernyawa di bilik guru sekolah

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa. -Gambar hiasan

TRAGIS! Seorang guru wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, Selangor.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 pagi, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan, M. Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang guru telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

"Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan tali di bilik guru tingkat satu sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Manimaran berkata, hasil laporan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada pukul 5.30 petang hari yang sama, mengesahkan punca kematian adalah akibat 'tergantung'.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan proses siasatan kes.

Susulan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1222, atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan di Balai Polis Kerling di talian 03-6048 1222. 

Artikel Lain