suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Budak 46 derita penyakit mata, penglihatan semakin merosot... Netizen mohon maaf pernah menghina - “Maafkan aku sebab maki, gelakkan kau”

Individu dikenali sebagai Cuna mendedahkan Budak 46 menghadapi penyakit mata hingga mengganggu penglihatannya.

PERSONALITI media sosial dikenali sebagai Budak 46 yang popular menerusi video tarian gerak perlahan atau slow-mo tanpa menggunakan sebarang aplikasi, menjadi perhatian ramai selepas adiknya mendedahkan keadaan kesihatannya.

Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha Helmi sebelum ini sering mencuri perhatian netizen dengan aksi tarian bersahajanya yang unik sehingga meraih jutaan tontonan di TikTok.

Bagaimanapun, satu perkongsian oleh individu dikenali sebagai Cuna yang juga adik kepada Budak 46 mendedahkan abangnya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatan semakin merosot dari semasa ke semasa.

Menurut Cuna [Tonton Video] Budak 46 tidak pernah berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya kepada umum.

"Ramai sangat tanya dekat komen. Ya, dia abang saya. Dia ada retinitis pigmentosa, iaitu gangguan pada mata. Penglihatan dia memang semakin berkurangan hari demi hari.

"Yang kenal dia, tolonglah sokong affiliate dekat akaun TikTok dia. Dia memang tak pernah dedahkan perkara ini kepada orang. Doakan dia sentiasa sihat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu depa kata jangan berangan!” - Budak 46 buktikan kepada ibu bapa mampu jadi popular macam artis

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap personaliti berkenaan.

Malah, ruangan komen di akaun TikTok Budak 46 turut dihujani dengan permohonan maaf daripada netizen yang mengakui pernah mengejek atau menghina penampilannya sebelum mengetahui keadaan sebenar.

"Semoga terus kuat adik, tahu ujian berat sangat tapi kakak percaya kamu kuat semangat. Semoga cepat sihat dan dipermudahkan setiap urusan kamu.

"Saya minta maaf kalau ada salah silap dengan Abang 46, semoga cepat sembuh.

"Aku mintak maaf kalau ada termaki, tergelak dekat kau, maafkan aku," antara komen warga maya.

Artikel Lain